Thursday, January 21, 2010

Khutbah Terakhir Rasulullah

Posted by Basyirun Mubin

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Etika Memberi Salam

Posted by Basyirun Mubin

Rasulullah s.a.w bersabda “Cukuplah bagi sekumpulan manusia apabila mereka melintasi orang lain dengan salah seorang mereka memberi salam. Dan cukuplah bagi kumpulan yang duduk dengan salah seorang mereka menjawab salam.” (Riwayat Abi Dawud)

Siapa yang lebih berhak memberi salam?

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
  • Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki,
  • orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan
  • orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:
  • Orang yang kecil (muda) hendaklah memberi salam kepada orang besar (tua),
  • orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk,
  • orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai dan
  • orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan supaya mereka yang berjalan kaki tidak terasa rendah diri.


Bila tak patut beri salam?


Dilarang memberi salam kepada orang yang sedang mengajar dalam majlis ilmu, orang yang sedang membaca al-quran kerana dibimbangi terganggu apa yang sedang dibaca atau diperkatakan (hilang idea). Dilarang memberi salam kepada orang yang sedang makan kerana takut tercekik. Juga dilarang memberi salam kepada orang yang sedang berjudi.

Dalam mazhab Syafie, dilarang memberi salam kepada mereka yang sedang bermain catur. Mazhab Hanafi pula membolehkan memberi salam kepada mereka agar mereka lupa sekejap dari permainan mereka yang melalaikan atau “lagha” itu.


Daripada Buraidah bin Al-Husaib al-Aslami r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang bermain ‘nardasyir’ (permainan seperti dam dan catur) adalah seperti melumur tangan dengan daging dan darah khinzir.”


Bermain catur tidaklah haram (kerana tiada larangan khusus) tetapi ia adalah kotor (seperti melumur tangan dengan daging dan darah khinzir), termasuk dalam perkara “lagha” dan boleh menjadi alat perjudian.

Saturday, January 16, 2010

Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

Posted by Basyirun Mubin

Apakah MRI?

Ini adalah sejenis pemeriksaan pada badan manusia yang menggunakan gelombang elektromagnet dan komputer canggih untuk menghasilkan gambaran organ dalaman badan manusia. Untuk melakukan ini, pesakit akan diletakkan dalam ruang kosong sebuah magnet besar, yang menghasilkan medan magnet beberapa ribu kali ganda kuat daripada Bumi.

MRI digunakan untuk...

Gelombang radio digunakan untuk menghasilkan gambaran struktur dalaman badan. Ini satu-satunya cara bukan invasif untuk melihat ke dalam badan manusia tanpa menggunakan kateter atau pembedahan. Struktur sekecil sebesar satu milimeter dalam diameter boleh digambarkan. Penggambaran tisu dapat diperoleh. Saluran darah (pembuluh darah) boleh juga diimej tanpa menyuntik kontras medium. Struktur dan fungsi jantung juga boleh diperoleh. Gambaran yang diperoleh boleh dikaji oleh Pakar Radiologi untuk mencari bukti penyakit. Tidak terdapat radiasi dan tiada risiko yang diketahui terhadap golongan kanak-kanak atau dewasa.


Apakah jenis alat-alat skan MR yang berbeza?

Terdapat beberapa jenis alat skan MR. Jenis yang menggunakan magnet yang lebih kuat biasanya menghasilkan gambaran yang lebih baik. Alat skan MR terdiri daripada sebuah magnet dengan lubang laras di tengah yang dikenali sebagai bor. Pesakit akan diletakkan dalam bor magnet ini. Bor mempunyai diameter yang berlainan dan mungkin sekecil 60 cm. Panjang bor adalah lebih kurang 1.5m. Walau bagaimanapun terdapat alat skan MR yang mempunyai magnet terbuka. Ini akan lebih sesuai untuk pesakit yang mungkin tidak boleh tertahan berada dalam tempat yang tertutup dan sempit alat skan MR. Prosedur intervensi dengan panduan MR juga mungkin dijalankan dengan mengguna alat skan MR magnet terbuka.

Siapa yang boleh menjalani skan MRI? Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira


Majoriti pesakit boleh menjalani skan MRI. Prosedur ini juga selamat untuk wanita yang sudah mengandung melebihi empat bulan. Mereka yang kurang empat bulan mengandung harus berbincang dengan doktor mereka dan Pakar Radiologi yang menyelia pemeriksaan sama ada pemeriksaan ini diperlukan ataupun terdapat kaedah pengimejan lain yang boleh memberi maklumat yang sama. Lazimnya, pesakit yang berat badannya melebihi 140 kilogram tidak boleh menjalankan prosedur pemeriksaan MRI. Walaubagaimanapun, teknologi telah mara dengan rekaan bentuk MRI terbaru yang mempunyai bor yang lebih besar sekarang.

MRI boleh menyebabkan kecederaan parah ataupun maut jika pesakit mempunyai bahan logam dalam badan mereka. Pesakit-pesakit yang mengandungi objek-objek dalam senarai berikut umumnya tidak boleh menjalani pemeriksaan MRI tetapi pada hari ini, dengan menggunakan bahan baru untuk peralatan dalam badan, MRI menjadi satu kemungkinan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyemak senarai ini untuk memastikan prosedur MRI yang selamat.


  • Perentak (Pacemaker Jantung)

  • Badan asing logam

  • Implan logam

  • Injap jantung

  • Staple pembedahan

  • Serpihan Logam

  • Kelip Aneurisme

  • Gulungan Vaskular dan penapis


Apakah persediaan yang harus diambil sebelum MRI?

Ini bergantung kepada bahagian badan pesakit yang akan diperiksa, pesakit mungkin diperlukan berpuasa (tidak makan dan minum) selama enam jam sebelum pemeriksaan. Pada masa pemeriksaan, pesakit wanita seharusnya tidak memakai sebarang mekap muka kerana ini akan menjejaskan gambaran yang diperoleh. Pesakit mungkin diperlukan untuk bertukar kepada gaun hospital dan menanggalkan semua bahan logam (seperti barang kemas, tali pinggang, kancing, pin dan sebagainya) sebelum memasuki bilik skan MRI.

Apakah yang akan berlaku semasa MRI?

Selepas menemu ramah pesakit, juru radiografi/x-ray akan menolong pesakit baring di atas katil alat skan. Saudara mara yang rapat mungkin boleh dibenarkan dalam bilik skan bersama pesakit semasa pemeriksaan, jika perlu. Penyumbat telinga juga dibekalkan kepada pesakit, kerana akan terdengar bunyi ketukan kuat semasa pemeriksaan. Katil skan kemudian akan dimasukkan ke dalam terowong (bor) magnet. Adalah penting bagi pesakit untuk berbaring tanpa bergerak sepanjang pemeriksaan. Sedatif mungkin akan diberi kepada kanak-kanak dan untuk pesakit-pesakit yang senang terganggu. Bagi beberapa unit MRI, proses skan ini dijalankan di bawah anestesia bagi kanak-kanak.

Pihak juru radiografi boleh dihubung menggunakan interkom sepanjang prosedur. Juru radiografi akan dapat memerhatikan pesakit melalui sebuah tingkap kaca di bilik kawalan atau melalui monitor TV menggunakan kamera yang dihalakan ke dalam mesin skan. Pakar Radiologi mungkin akan memutus untuk memberi pesakit suntikan media kontras khas (gadolinium) bagi skan MRI. Ini boleh menghasilkan perasaan hangat seketika. Masa pemeriksaan berbeza dari 15-45 minit (atau lebih singkat) bergantung pada bahagian badan yang diperiksa dan juga bergantung kepada kekuatan magnet. Umumnya, tiada kesan sampingan daripada pemeriksaan ini.



Thursday, January 14, 2010

Sakit belakang

Posted by Basyirun Mubin

APABILA sakit belakang, semua pergerakan terasa tidak kena, malah ada yang tidak dapat melakukan sebarang kerja kerana masalah ini. Boleh dikatakan semua orang pernah merasai bagaimana peritnya apabila belakang badan, terutama pada bahagian bawah tulang belakang, terasa sakit.

Bahagian bawah tulang belakang menerima paling banyak tekanan, terutama ketika kita duduk berbanding apabila berdiri atau baring. Ini sebabnya kita berasa sakit belakang jika duduk terlalu lama dan masalah ini boleh diatasi dengan berehat, bangun dan berjalan-jalan seketika sebelum menyambung kerja.


Tulang belakang adalah struktur yang sangat unik. Ia membabitkan 33 tulang vertebra dan di antara setiap tulang mempunyai satu cakera mengandungi cecair yang berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan (supaya tulang belakang boleh dilentur ke sisi, depan dan belakang) serta mengagihkan berat badan dengan seimbang
. Cakera yang bertindak sebagai kusyen ini sebenarnya membabitkan kantung leper mengandungi cecair (nukleus pulposus) dan kantung cakera (annulus fibrosus). Walaupun kantung cakera ini sangat kuat, ia boleh menjadi haus dan terkoyak dengan peningkatan usia, aktiviti lasak dan perlakuan yang menjejaskan kedudukan tulang belakang. Pemeriksaan Imej Resonan Magnetik (MRI) mendapati, hampir 30 peratus individu dewasa berumur 30 tahun menunjukkan kemerosotan (kehausan) cakera tulang belakang tetapi tidak mengalami masalah atau kesakitan.

Banyak perkara menyebabkan sakit belakang dan punca paling lazim ialah membabitkan cakera ini kerana boleh tergelincir atau mengalami kemerosotan. Cakera tergelincir (terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya) berlaku akibat posisi badan tidak betul, otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah. Semakin meningkat usia, cakera kehilangan kandungan cecairnya, mengecut dan menjadi kurang anjal. Ligamen yang memegang cakera juga menjadi lemah. Pada keadaan ini, aktiviti yang memberi tekanan kepada cakera boleh menyebabkan ia membonjol ke satu arah dan menekan saraf dan membuatkan kita berasa sakit.

Wednesday, January 6, 2010

Ikhlas Dariku

Posted by Basyirun Mubin

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..

relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..

kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..

hakikat
hati tak terluka

walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini

berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..


Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran yang berulang kali
teman, kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Friday, January 1, 2010

Cerita Tentang Jin - Ustaz Hj. Ismail Kamus

Posted by Basyirun Mubin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Temp at tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil ' alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman
. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk..


* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada
saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

Sirah Mus'ab bin Umair

Posted by Basyirun Mubin

Diceritakan seorang lelaki pada zaman jahiliyyah. Kehadirannya akan dapat dirasai walaupun dia berada dalam jarak yang jauh. Hal ini kerana, minyak wangi yang dipakai olehnya mampu terbau dari jarak yang sangat jauh. Pakaiannya adalah pakaian yang paling mahal di Makkah.

Dia adalah manusia yang ter'hensem' di Makkah.
Dia anak kesayangan si bonda tercinta. Apa yang dia mahu ibunya akan perkenankan. Tiada siapa di Makkah, baik muda atau tua, pemudi atau pemuda, yang tidak mengenali Mus'ab dan pada masa yang sama mengimpikannya.

Namun, lelaki ini matinya bermandikan darah, tanpa dua belah tangan, dan kafannya tidak cukup menutupi seluruh tubuhnya. Bila ditutup kepalanya, terdedahlah kakinya, bila ditutup kakinya, terdedahlah kepalanya. Akhirnya Rasulullah SAW menyuruh kepalanya yang ditutup dan kakinya ditutup dengan daun.

Matinya sebagai syuhada'


Rasulullah SAW bersabda berkenaan dirinya:

"Tiada lelaki yang lebih cantik daripada Mus'ab bin Umair di Makkah ini, tiada sesiapa yang memakai pakaian lebih baik daripada Mus'ab bin Umair. Tiada anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada dia"

Ya, itulah namanya. Mus'ab bin Umair RA.

Anda lihat, bagaimana manusia kaya di zaman jahiliyyah ini, bertranformasi menjadi seorang lelaki yang sanggup mengorbankan diri untuk Islam, dan akhirnya mati sebagai syuhada'.

Kisah Mus'ab bin Umair ini amat unik. Dia digelar `putera Makkah' kerana semua orang mengidamkannya kerana kehensemannya. Tetapi apabila hatinya disentuh cahaya Islam, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan semua kesenangan yang ada pada dirinya.

Dia adalah anak yang paling dicintai ibunya. Segala kehendaknya ditunaikan. Tetapi apabila dia menganut Islam dan ibunya mengetahui, ibunya telah menarik semua kesenangan Mus'ab. Segala pakaiannya yang cantik-cantik, wang saku, semuanya ditarik. Malah Mus'ab dipulau.

Namun Mus'ab tidak melatah. Tidak pula dia rasa susah. Bayangkan, anda biasa hidup dengan RM10,000 sebulan. Tiba-tiba anda perlu hidup dengan RM10 sebulan. Apa perasaan anda? Tetapi Mus'ab bin Umair tidak berpaling daripada Islam yang mungkin orang memandang sebagai penarik kekayaan dan kesenangannya.

Kenapa? Kerna dia yakin ini adalah jalan yang sebenar. Jalan yang membawanya kepada Allah.

Bila ibunya tidak berjaya menarik Mus'ab kembali kafir, Ibunya mogok tidak mahu makan sehingga Mus'ab kembali. Ibunya bertahan sehingga nyawa-nyawa ikan. Melihat keadaan ibunya, Mus'ab berkata:

"Wahai ibuku, andai Allah memberikan kamu 100 nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu persatu, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali"


Ya. Itulah keteguhan.


Kita? Kadang-kadang ibu bapa sendiri suruh kita untuk taat kepada Allah. Tapi kita ingkar. Mus'ab bin Umair, ugutan ibunya tidak dijadikan alasan untuk meringankan tuntutan Islam.

Ibu, walaupun kafir, kita perlu taat kepadanya selagi mana dia tidak mengajak kita syirik kepada Allah atau melakukan perkara yang Allah larang. Tapi sekiranya mereka mengajak kepada keingkaran terhadap Allah, maka kita perlu membantah.

Mus'ab terus bertukar gaya hidupnya. Dari baju sutera termahal dan terbaik di Makkah, dari minyak wangi yang mampu dihidu dari jarak yang jauh, dari kulit licin cerah putih yang menawan, dia berubah menjadi seorang yang memakai baju lusuh bertampal-tampal, bau tubuh badan biasa, dengan kulitnya menjadi sedikit kasar kerana hidup dalam susah.

Rasulullah SAW apabila melihat Mus'ab bin Umair, baginda akan menangis. Sahabat-sahabat juga begitu. Hal ini kerana, mereka segan dengan besarnya pengorbanan Mus'ab bin Umair. Ya lah, dari putera Makkah, kepada manusia yang akhirnya diboikot tiga tahun tiga bulan bersama Rasulullah SAW, makan kayu daun kering. Siapa yang tidak akan rasa terharu?

Namun Mus'ab bin Umair tidak pernah menyalahkan Islam. Sedikit pun dia tidak pernah berkata Allah itu kejam kerana mneyusun hidupnya menjadi susah sebegitu walaupun dia telah memilih kebenaran. Tidak pernah keluar dari mulutnya rungutan dan keluhan atau rasa menyesal menganut Islam. Tidak pernah.

Kemudian Allah memuliakan Mus'ab bin Umair. Rasulullah SAW memilih Mus'ab sebagai pendakwah ke Madinah. Kesungguhan Mus'ab bin Umair membuatkan tidak ada satu pun pintu yang tidak diketuk oleh sinar Islam.

Akhirnya, majoriti penduduk Madinah Islam di tangan Mus'ab bin Umair. Sa'ad bin Muaz, pada zaman jahiliyyahnya di Madinah sebagai ketua kaum Aws. Dia datang dengan marah ketika Mus'ab bin Umair sedang menyampaikan Islam kepada penduduk Madinah. Bersamanya panah. Sampai sahaja, dia terus menarik baju Mus'ab dan mendekatkan panah itu pada leher Mus'ab. Dia menyuruh Mus'ab menghentikan usaha dakwah.

Mus'ab tidak melenting atau menentang. Kata Mus'ab:

"Apa kata kau duduk dahulu dan mendengar apa yang aku hendak katakan?

Kemudian jika kau suka, kau boleh ikuti. Jika kau tidak suka, maka aku boleh pergi"
Kelembutan Mus'ab dan ketenangannya, membuatkan hati Sa'ad bin Muaz lembut. Apabila dia mendengar kata-kata Mus'ab, ceramah Mus'ab dan Islam yang Mus'ab sampaikan, Sa'ad bangun. Dia berkata kepada Mus'ab:

"Islam ini, bagaimana aku boleh menganutnya?

"
MasyaAllah. Begitulah dia Mus'ab bin Umair.

Rasulullah SAW pun memuliakannya.


Ketika Peperangan Uhud, Mus'ab bin Umair adalah salah seorang jeneral. Dia pembawa panji. Peperangan itu, menyaksikan Mus'ab bin Umair bertempur ibarat singa. Namun, kerana dia memegang panji, tentera musyrikin berusaha untuk menjatuhkannya. Tangan kirinya yang memegang panji diserang hingga terpotong. Pantas dia memegang panji dengan tangan kanan. Dia terus bertempur. Akhirnya tangan kanan turut terpotong.

Mus'ab bin Umair, untuk mempertahankan panji yang mewakili maruah Islam, terus memegang panji dengan kedua pangkal lengannya. Akhirnya tubuhnya itu dihujani anak panah, menyebabkan dia tumbang syahid. Saat syuhada' Uhud hendak dikebumikan, mayat-mayat syuhada' Uhud ditutup dengan kain. Kain yang menutup Mus'ab bin Umair tidak cukup untuk menutup seluruh tubuhnya. Jika kepalanya ditutup, maka kakinya terbuka dan begitulah sebaliknya. Melihat keadaan ini, Rasulullah SAW menangis.

Akhirnya diarahkan untuk menutup kepala Mus'ab bin Umair dengan kain, manakala kakinya ditutup dengan daun kering. Begitulah dia kisah seorang syuhada', `putera Makkah' yang telah berkorban. Pembaca-pembaca, ketahuilah bahawa, itulah namanya pengorbanan. Kadangkala, kita menyedekahkan seratus dua ringgit, kita rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan gaji kita RM10,000 sebulan. Kadangkala, kita dapat bangkit qiamullail dua rakaat, kita sudah rasa itu satu pengorbanan. Sedangkan kita bangkit itu sekali sahaja dalam setahun. Malah banyak hari kita terlajak subuh.

Kadangkala, kita dapat berpuasa sunat sehari. Kita berlapar. Kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita berpuasa sunat itu sekali sahaja dalam beberapa bulan.
Kita baru studi sejam dua, kita rasa itu pengorbanan. Sedangkan kita leka dan lalai berpuluh-puluh jam lamanya. Amal kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Sumbangan kita sedikit, kita rasa itu pengorbanan. Hakikatnya, kita tidak faham apa itu `korban'.

Pengorbanan yang sebenar adalah seperti apa yang ditunjukkan Mus'ab bin Umair kepada kita.
Sedangkan Islam, untuk bangkit seperti zaman kegemilangannya, memerlukan manusia-manusia yang sedia berkorban seperti Mus'ab Bin Umair. Pengorbanannya menonjolkan keimanannya. Kerna, manusia yang benar-benar beriman kepada Allah, dia akan faham dengan sebenarnya akan kata-kata:

"Cukuplah Allah sebagai wakil"


MasyaAllah…
Sama-sama lah kita, muhasabah diri kita, dengan sirah Mus'ab bin Umair ini. Semoga kita berjaya menjadi hamba sepertinya. Dia adalah antara anak-anak di madrasah Rasulullah SAW, yang melihat dunia dari jendela akhirat. Semoga Allah bantu kita untuk menjadi seperti dia.

Monday, December 7, 2009

Jenis-Jenis Nafsu Menurut Islam

Posted by Basyirun Mubin

Nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya. Nafsu ada yang baik, yaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang buruk, yaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan pikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam.

Nafsu yang buruk :

Nasfu Amarah

  • adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
  • mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Lawamah

  • adalah nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.
  • golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasut, dengki dan sebagainya.
  • nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Marhamah

  • adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela.
  • walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Kemudian nafsu-nafsu yang baik adalah :

Nafsu Mutmainah

  • adalah nafsu yang lemah lembut.
  • mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa.
  • mereka adalah orang yang sholeh.
  • golongan ini adalah dijamin surga.

Nafsu Raudiah

  • adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk mencintai Allah sepenuhnya..
  • mereka bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah.
  • mereka bisa juga disebut sebagai Wali Allah.

Nafsu Kamaliah

  • adalah nafsu yang sempurna, nafsu yang hanya dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.

Nafsu Mardiah

  • adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. Keridhaan tersebut terlihat pada anugrah yang diberikan-Nya berupa senantiasa berdzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah SWT itu bersifat universal, artinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan bisa menghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah SWT, siapa pun tidak bisa memuliakannya.
Sumber : Un2kmU!

Kenali Azazil

Posted by Basyirun Mubin


Azazil adalah Tok Guru kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :

Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat.

Maka menangislah Israfil kerana khuatir, makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang untung nasib mereka.
Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi tok guru kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)

Malangnya, kerana ego dan sombong, serta merasakan dirinya sudah selamat, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat.

Berkatalah Azazil kepada Allah dalam keadaan tak sedar, hamba yang dimaksudkan itu adalah dirinya.

Kata Azazil :
Ya Rabbi ! Izinkanlah aku melaknat hamba mu itu.

Dan Azazil melaknat dirinya tanpa disedarinya selama 1000 tahun.
Dan tatkala Allah menciptakan Adam dari segumpal tanah, lalu Allah memerintahkan seluruh makhluk untuk tunduk menghormati Adam, maka tunduklah segala makhluk menuruti perintah Allah KECUALI Azazil. Azazil rasa maruahnya tercabar kerana dirinya yang dicipta dari api sangkaannya lebih mulia dari Adam yang dicipta dari tanah. Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis.
Apabila Iblis diturunkan ke bumi, berkata Iblis kepada Allah :
Iblis :

Demi kemuliaan Engkau dan kebesaran Engkau Ya Allah, akan aku sesatkan seluruh anak Adam selagi ada roh di jasad mereka.

Dan Allah berfirman : Demi kemuliaan Ku dan Kebesaran Ku, tidak aku halang mereka yang engkau sesatkan dari melakukan taubat selagi tiada nafasnya di ghargharah (suara orang ketika nazak) iaitu tiada nyawanya di halkum.

Monday, August 31, 2009

Kenapa perlu minum air?

Posted by Basyirun Mubin

"Tubuh terdiri daripada hampir 70 peratus cairan dan kita hanya boleh bertahan selama kira-kira satu minggu hidup tanpa air. Tetapi mengapa air itu baik untuk tubuh? Di sini disenarikan lima alasannya:

1.Air belih menyejukkan

Waktu tengahari yang begitu panas kadangkala kita tidak sedar bahawa tubuh kita sedang berpeluh. Peluh boleh mengingatkan kita untuk segera minum air. Sebab jika tidak cukup air untuk memproduksikan peluh, volume darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.

2.Mengumpulkan zat2 makanan

Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendri. Juga beberapa zat makanan yang larut dlm air sehingga diserap dgn air.

3.Mempermudah proses pembuangan

Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan.

4.Menjaga kulit tetap halus

Sel memang mengandungi air, kerana itu bekalan yang cukup akan menjadikan kulit kita lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi juga , seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka akan kelihtan lebih uzur.

5.Bebas dari batu karang

Batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tidak terpakai atau komponen lain yang melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu. Jika kita banyak minum, batu-batu itu akan keluar di bawa oleh air.

Sesetengah org menunggu hingga betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sedangkan sebnarnya haus adalah petanda awal daripada dehidrasi kekurangan cairan dalam badan.



Apakah yang tersirat dalam air paip yang setiap hari kita gunakan??????

Air paip yang disalurkan ke tempat kediaman mengandung 5K iaitu :

1. Kotoran
2. Karat
3. Klorin
4. Kuman
5. Kimia

Kandungan Kimia dalam air dan penyebab kepada penyakit :

1. Aluminium - menyebabkan cepat tua dan alzhiemer.

2. plumbum - penyebab kanser.

3. Asbestos - penyebab kanser

4. Arsenik - penyebab kesakitan, kerosakan dan kematian.

5. Kadmium - penyebab darah tinggi, penyakit buah pinggang.

6. Nitrate - penyebab kanser

7. Fluorida - penyebab pertahanan badan rendah dan sakit jantung

8. Merkuri - Kerosakan otak dan urat saraf

9. Klorin - penyebab kanser darah.

10. Strontium 90 - penyebab anemia, leukimia dan kanser tulang.